Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘peringatan’ Category

bismillah1.jpg  

Firman ALLAH SWT berfirman: ” Hai Anak-anak Adam, jika datang kepadamu rasul-rasul daripada kamu yang menceritakan kepadamu ayat-ayatKU, maka barangsiapa yang bertakwa dan mengadakan perbaikan, tidaklah ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” surah al-a’raaf:ayat 35

 daripada intipati ayat diatas..antara yang kita boleh cuba hayati sebagai seorang muslim.sejauh mana kita benar-benar bertakwa kepada Pencipta kita. adakah kita benar-benar bergantung sepenuhnya kepadaNYA, atau bila kita dalam keadaan susah dab tertekan sahaja kita baru nak merayu dan meminta pertolongan kepadaNYA??

selain itu, marilah sama-sama juga kita berusahakan mendidik diri kita sbg seorang yang Soleh (sempurna),yakni menyempurnakan akhlaknya kpd ALLAH dan semua makhluk serta dalam masa yang sama, kita bertindak sebagai Musleh (mengislahkan=mengadakan perbaikan) kepada orang lain pula..kerana kita sama-sama hendak semua juga menjadi baik..

setelah kita sama meletakkan ketakwaan dan mengadakan perbaikan kepada ALLAH SWT..insyaALLAH kita sebagai manusia yang lemah dan kerdil disisi ALLAH SWT tidak akan lagi merasa khawatir dan sedih hati. kerana matlamat kita jelas.. redha ALLAH yang kita harapkan bukan redha manusia..

ALLAHHUA’LAM BI SAWAB

::Abu Soleh::

Advertisements

Read Full Post »

gambar-sujud.jpg 

Malam tadi(19 nov 2007)…. bermalam di bilik sahabatku Ab. Rasyid(X1-631)… shbtku yg banyak membantu dalam senang dan banyak pula dia membantu ketikaku susah dan tertekan dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yg menunggu hari utk menghabiskan pengajian di bumi UTM yg banyak mengajar erti hidup sebenar ini….

satu mimpi yang benar2 terkesan kepada diriku sehingga ke detik ini ialah….

diriku telah kembali menemui ALLAH(meninggal dunia yg fana’ ini)…

ketika itu….semua orang sedang menguruskan jenazahku yang terbujur kaku…w/pun dapat melihat semua orang yg berada disekelilingku….namunku tak mampu utk berkata@ bergerak apa2…. ada yg sedih kepergianku (zaujah, family @shbt2) dan mcm2 reaksi dari yg hadir…

 yang pasti ketika itu…apa yg yg mampu yg dilakukan??? semuanya telah terlambat….amalan baikku terlalu sedikit utk dibawa sebagai bekalan bertemu ALLAH SWT…

 bagaimana keadaanku bila menghadap ALLAH di Akhirat kelak???

 ingatkanlah diriku yg selalu leka dan lalai ini…RasuluLLAH SAW pernah ingat dengan lisan baginda…mafhumnya…

” Dunia Adalah Ladang Akhirat..”

” Setiap Anak Adam melakukan Dosa…sebaik2 yang melakukan dosa adalah mereka yang berTAUBAT..”

 ” Orang yang paling bijak..adalah Mereka yang selalu mengingati MATI (Maut) dan sediakan bekalan untuk hari kemudiannya..”

ALLAHHU A’LAM… 

‘ Ya ALLAH…Tuhan yang membolak-balikan hati…tetapkanlah hatiku dan ahli keluargaku dalam agamaMU dan ketaatan kpdMU..’ Amin..

 ::ABU SOLEH::

Read Full Post »