Feeds:
Posts
Comments

Archive for December, 2007

 Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…

Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.(surah an-nisa’: ayat 1)

Alhamdulillah kesyukuran yg mautlak kepada ALLAH SWT diatas segala nikmat yang tidak terhitung banyak kepada saya yang banyak kelemahan dan kekurangan ini..

Adakah patut untuk saya tidak mensyukurinya… ALLAH SWT sebenarnya telah ingatkan saya acap kali seperti kalamNYA yang Maha Agung dalam surah Ar-Rahman:

ayat 14. Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,

ayat 15. Dan ia telah men masaciptakan jin dari lidah api Yang menjulang-julang;

ayat 16. Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?

Sebenarnya telah lama saya ingin berkongsi kisah hidup dengan sahabat-sahabat tentang diri saya yang masih banyak belajar  dan perlu terus mencari kebenaran yg hakiki dari ALLAH SWT dalam blog ini..tetapi disebabkan kekangan masa untuk menhabiskan pengajian di UTM dan baru menceburkan diri dalam ‘alam maya baru’ blog ini… tak dapat disegerakan.. 

sekarang sudah 1 tahun  6bulan dan 17 hari saya bergelar sebagai seorang suami kepada Salsyabilah binti Zainol. Majlis akad nikah kami berlangsung di Masjid Solahuddin Al-ayubi, Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur.. pada 15 Rabi’ul Akhir 1427 hijriah bersamaan 13 Mei 2006 (Sabtu).

kawen2.jpg

Walaupun saya masih belajar di UTM, Skudai. Tetapi cabaran ini saya cuba jadikan diri saya sebagai manusia yang matang dalam melakukan banyak perkara.. isteri saya telah bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur sejak 4 tahun yang alu. sepanjang kami bernikah, kami terpaksa berjumpa dalam tempoh tertentu sahaja terutama pada hujung minggu (weeked husbad and wife)… tetapi semua dengan Rahmat ALLAH SWT jua..

Pengharapan dari baitul muslim yang dibina bagi setiap muslim ialah zuriat-zuriat yang soleh dan musleh..serta akan menjadi pemimpin  kepada Ummah dimasa hadapan..Amin Ya Rabb ‘Alamin..

Tanggal 10 syawal  1428 hijriah (isnin) bersamaan 22 oktober 2007 yang lalu masih segar dalam ingatan saya menjadi sejarah yang signifikan dalam kehidupan saya.. ‘Permata Hati’ kami yang pertama selamat dilahirkan di Pusat Perubatan Kohilal, Taman Melawati, Kuala Lumpur pada jam 6.45 petang..

Kronologi peristiwa ini yang hendak saya kongsikan bersama sahabat..sewaktu isteri tercinta saya hampir bersalin, saya ketika itu berada di UTM skudai dan baru sahaja sampai dalam 4 pagi hari yg sama dari Kuala Lumpur.bertolak bas 12 tgh malam setelah habis cuti Raya ‘Idulfitri..

Esoknya (isnin) mula kuliah seminggu kemudian akan disusuli dengan ‘Study week” dan viva thesis(31 okt) serta final exam (17, 21 dan 22 nov)…

Selepas solat subuh di surau dalam jam 7 pagi , isteri saya menelefon memberitahu bahawa sudah ada tanda (keluar darah) yg beliau hendak bersalin..saya cuba menenangkan diri dan isteri agar jangan kelam-kabut… setelah mendapat berita gembira tersebut disusuli kerisauan kerana isteri saya keseorangan di KL tanpa diri saya bersamanya ketika saat genting sebegitu..ketika dalam bas doa serta wirid yang banyak dilafazkan agar isteri selamat bersalin dan saya sempat disisinya ketika bersalin..

Saya terus cuba mendapatkan tiket bas seaawal mungkin untuk bergegas ke KL semula.. motor ditunggang dengan cermat menuju ke sri putri (destinasi yg paling hampir UTM) terutama untuk pelajar yang hendak pulang ke kampung halaman (negeri masing-masing)..

Alhamdulillah dapat juga tiket bas Causeway-Link jam 9.30 pagi setelah Penjual tiket bas (Pak Atan) berbincang dgn driver bas kerana bas telah penuh penumpang..Akhirnya saya dibenarkan naik dan duduk ditempat tidur driver bas(belakang sekali).. dengan beralaskan duduk diatas bantal.. Alhamdulillah saya dapat juga sampai ke KL lebih kurang jam 1.30 petang..kemudian sahabat baik Shafie datang ambil dengan motor dan terus hantar ke ofis isteri saya, Desa Melawati. Ambil kereta isteri kemudian balik rumah ummi dulu ambil bekal makanan dan telur ayam kampung, kemudian terus bergegas ke P.P Kohilal dalam 2.30 petang..

Alhamdulillah selamat sampai dalam 2.40 petang d PPK, kemudian dikisahkan dari isteri saya, sebaik sahaja dia sampai di P.P Kohilal dalam 8.40 pagi memandu seorang diri dari rumah sewanya di Taman Gombak kemudian terus mendaftar dan diperiksa kesihatan oleh Dr. Lo’ Lo’ (Dr O&G) yg bertugas ketika itu..kemudian isteri saya tidak dibenarkan pulang kerana datang berseorangan diri.. isteri saya diberi sarapan pagi kemudian makan tengahari dan sentiasa dalam pemantauan jururawat yang baik dan ramah belaka..(Kak Sofea, Kak Is dll)..kereta diambil oleh rakan sekerja dalam 10pagi untuk diletak depan ofis..Alhamdulillah lebih selamat..

Ketika sudah berada disisi isteri tercinta.. motivasi dan sokongan moral yang sentiasa saya berikan padanya…terutama untuk melahirkan ‘permata hati’ sulung kami ini..doa serta wirid yang pernah dibaca oleh Nabi Yunus A.S sentiasa berkumit dilidah.. tawakal yang mutlak kepada ALLAH SWT supaya semuanya selamat..

Solat zohor dan asar saya dirikan di surau PPK disusuli dalam tempoh menemani isteri tercinta.. doa yang tidak putus juga sentiasa dirafa’kan kepada ALLAH SWT.. minum petang juga masih diberikan oleh jururawat bertugas kepada isteri saya supaya mendapat tenaga yang cukup untuk bersalin, saya juga memberikan minum telur ayam kampung sebiji tanpa dikacau (petua untuk bayi mudah keluar dari rahim)..

Hari semakin melabuhkan tirainya untuk memasuki malam mengikut sunnatuLLAH… isteri saya mula merasakan sakit setelah beberapa kali diberi ubat dan dikenakan Alat yang memberikan rasa sakit kepadanya untuk memudahkan bersalin..dalam jam 6petang isteri saya mula rasa sakit untuk bersalin dengan badanya rasa sudah tidak selesa dengan posisi yang pelbagai..ketika ini sokongan moral sepenuhnya saya berikan…

Alhamdulillah dalam 6.30 petang pintu rahim sudah terbuka sepenuhnya…jururawat juga sentiasa bersedia..dalam tempoh kak sofea panggil Dr Siti Junaidah naik untuk menyambut bayi ( Dr yang bertugas shift petang ) .. Alhamdulillah bayi lelaki kami seberat 2.9kg pada jam 6.45petang telah selamat dilahirkan setelah 2 kali isteri saya meneran disambut Kak Is dengan kaedah yang betul tunjuk ajar jururawat..semua ini dapat saya saksikan depan mata betapa hebatnya ALLAH SWT lahirkan manusia di dunia ini…subhanALLAH..kemudian baru Dr sampai dari biliknya..

p1040042.jpg

Alhamdulillah… ‘permata hati’ sulung kami yang bernama Solahuddin Bin Ahmad selamat dilahirkan di dunia ini dengan ketentuan ALLAH SWT.. YA ALLAH! JAUHKAN KAMI DARI AZAB KUBUR, JAUHKAN KAMI DARI AZAB SIKSA  NERAKA JAHANNAM, JAUHKAN KAMI DARI FITNAH KETIKA HIDUP DAN MATI SERTA JAUHKAN KAMI DARI FITNAH DAJJAL…

InsyALLAH bersambung lagi..pemberian nama Solahuddin dan Hari aqiqahnya..

Read Full Post »